
Apa itu Glaukoma?1,3,8
Glaukoma adalah penyakit mata yang, jika tidak dirawat, boleh mengakibatkan mata menjadi buta. 1,8. Salah satu jenis glaukoma yang kerap berlaku adalah apabila sistem saliran mata menjadi tersumbat dengan cecair dan memberi tekanan di dalam mata. Tekanan berlebihan merosakkan saraf optik dan boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan.3.
Mengapa Saraf Optik berhubung kait dengan kehilangan penglihatan?
Saraf optik menyambungkan mata ke otak untuk membolehkan anda melihat.
Jenis-Jenis Glaukoma1
Dua jenis utama glaukoma:-
Open-Angle Glaukoma
Open-Angle Glaukoma, yang menyumbang kepada sekurang-kurangnya 90% kes glaukoma, berpunca daripada saluran saliran yang tersumbat.
Closed-Angle Glaukoma
Angle-Closure atau Narrow Angle Glaukoma menyebabkan peningkatan tekanan mata dan mengakibatkan kerosakan saraf optik.
Glaukoma dan Tekanan Intraokular (IOP)3,8
Mata adalah sebuah sfera yang berisi dengan cecair. Jumlah cecair di dalam mata dikekalkan secara konsisten pada paras yang sihat. Sekiranya terdapat pengeluaran cecair yang berlebihan, atau saliran yang tidak baik, ia akan menyebabkan tekanan di dalam mata (juga dikenali sebagai Tekanan Intraokular atau IOP) menjadi lebih tinggi. Peningkatan tekanan di dalam mata boleh merosakkan saraf optik dan mengakibatkan mata menjadi buta. Oleh itu, tekanan mata perlu dikekalkan pada paras normal. Terdapat sesetengah kes di mana walaupun tekanan mata adalah normal, anda masih berisiko untuk mengalami glaukoma. Sila berjumpa dengan pakar mata anda dengan kerap.
Lakukan pemeriksaan mata dengan kerap
Terdapat sesetengah kes di mana anda masih berisiko untuk mengalami glaukoma walaupun paras tekanan mata adalah normal dan memandangkan peringkat awal glaucom tidak melibatkan sebarang kerengsangan atau simptom kesakitan1, adalah penting bagi anda untuk melakukan pemeriksaan dengan kerap bersama pakar mata anda untuk merawat penyakit ini seawal-awalnya.
