Peranan disiplin diri
dalam rawatan glaucoma

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Glaucoma adalah punca kebutaan kekal kedua tertinggi yang boleh dicegah dengan rawatan yang tepat dan berkesan di seluruh dunia.10

Prescription eye drops

Ubat titis mata adalah salah satu contoh rawatan yang berkesan untuk mencegah perkembangan glaucoma tetapi malangnya, kajian telah menunjukkan bahawa sekitar 40% pesakit tidak mengambil atau berhenti mengambil ubat yang telah ditetapkan.11

Kegagalan mengambil ubat secara berkala, konsisten dan seperti yang telah ditetapkan boleh menyebabkan rawatan tidak berkesan. Di samping itu, peningkatan kerosakan pada mata anda.11

“White-coat adherence” adalah sesuatu perkara yang lazim berlaku di mana tahap kepatuhan pesakit meningkat secara mendadak 1 minggu sebelum bertemu dengan doktor dan ia akan menurun dengan pantas sejerumus selepas itu.

Above image is a just a graphical representation for reference 2.

 

Perkara ini akan menyukarkan penilaian tekanan intraocular dalam jangka masa panjang; kitaran turun naik dalam kelakuan pengambilan ubat adalah sesuatu yang sering dilaporkan.2

Pendekatan yang lebih berdisiplin oleh pesakit dalam mematuhi rancangan rawatan adalah penting untuk mencegah perkembangan glaukoma yang boleh menyebabkan kebutaan.

Kelakuan pengambilan ubat12

Seperti yang diketahui, glaukoma biasanya tidak mempunyai sebarang gejala sebelum mencapai peringkat akhir dan ini menyebabkan ramai yang tidak tahu bahawa mereka menghidap penyakit tersebut. Ketiadaan symptom glaukoma juga menyebabkan pesakit tidak menyedari akan kemerosotan keadaan mereka dan tidak memahami kepentingan pengambilan ubat yang betul kerana kerosakan yang berlaku tidak begitu ketara.

Pesakit perlu dimaklumkan bahawa apabila masalah penglihatan mula berlaku, ia mungkin sudah terlambat untuk menghentikan kerosakan. Oleh itu, rawatan perlu bermula di peringkat yang lebih awal dan kelakuan pengambilan ubat yang betul perlu diamalkan.

Tiga perkara penting dalam kelakuan pengambilan ubat oleh pesakit adalah:-

Mengikuti

Ya, saya mengambil ubat.

Meneruskan

Ya, saya sedang dan telah mengambil ubat sejak 6 bulan yang lalu seperti ditetapkan

Mematuhi

Ya, saya mengambil ubat seperti yang ditetapkan dengan bilangan titisan yang tepat di mata yang berkenaan pada waktu yang ditentukan.

Pesakit perlu melakukan ketiga-tiga perkara di atas untuk memastikan keberkesanan dan matlamat rancangan rawatan dicapai.

Usaha bersama

Rawatan glaukoma memerlukan usaha bersama di antara pesakit yang perlu mematuhi rancangan rawatan dengan kelakuan pengambilan ubat yang sesuai dan doktor yang menetapkan ubat serta menguruskan rancangan rawatan tersebut.

Sila berbincang dengan doktor anda sekiranya anda menghadapi sebarang masalah berkaitan pengambilan atau kesan ke atas ubat supaya doktor anda mempunyai maklumat yang lengkap untuk menyediakan rancangan rawatan yang paling sesuai.