Apa itu PENYAKIT PERMUKAAN OKULAR (OSD)?

Penyakit permukaan okular (OSD) merujuk kepada gangguan pelbagai ke atas lapisan air mata, kelopak mata, kornea dan konjunktiva. Petanda penyakit ini adalah kekurangan air mata, lapisan air mata yang tidak stabil dan kerosakan pada permukaan okular yang semuanya boleh mengakibatkan gangguan penglihatan13. Salah satu jenis penyakit permukaan okular yang paling biasa adalah sindrom mata kering.

Apa yang menyebabkan Penyakit Permukaan Ocular ke atas Pesakit Glaukoma?

Beberapa kajian14-17 telah menunjukkan bahawa Penyakit Permukaan Okular (OSD) lebih cenderung untuk dialami oleh pesakit Glaukoma yang dirawat dalam jangka masa panjang dan kecenderungan ini semakin meningkat dengan penggunaan ubat topikal.

Pengawet-pengawet di dalam ubat oftalmik berkait rapat dengan kesan sampingan terhadap permukaan okular. Pengawet-pengawet18 tersebut terdiri daripada:

 

Benzalkonium klorida (BAK) adalah surfaktan yang biasa terkandung di dalam ubat titis mata Glaukoma dan bertindak sebagai pengawet serta pencegah bakteria. Walau bagaimanapun, kepekatan BAK yang tinggi boleh mengganggu lapisan lipid pada lapisan air mata dan megakibatkan ketidakstabilan lapisan air mata18.

Apabila ubat titis mata yang mengandungi BAK digunakan, ketoksikan selular mengakibatkan kesan-kesan berikut

LANGKAH 1

Kesan bahan pencuci BAK mengganggu lapisan lipid pada lapisan air mata.

LANGKAH 2

Ini mangakibatkan lapisan berair pada lapisan mata tersejat dengan mudah.

LANGKAH 3

Merendahkan mutu lapisan air mata dan mendedahkan kornea kepada kekeringan

KELELUASAAN PENYAKIT PERMUKAAN OKULAR DI KALANGAN PESAKITGLAUCOMA

Apakah simptom-simptom15
Penyakit Permukaan Okular

 

Ketidakselesaan mata

Gatal mata

Kekeringan mata

Kemerahan mata

Rasa terbakar pada mata

Gangguan penglihatan

Kesukaran membaca atau bekerja di hadapan komputer

 

Perkara Yang Perlu Diambil Maklum
Oleh Pesakit Glaukoma

-  Gunakan ubat Glaukoma tanpa pengawet20
-  Gunakan ubat titis mata untuk kekeringan mata jika mengalami simptom OSD
-  Berbincang dengan penyedia perkhidmatan kesihatan anda sekiranya anda mengalami simptom OSD. Terdapat pilihan rawatan yang tersedia untuk membantu mengurangkan simptom tanpa menjejaskan kawalan ke atas Glaukoma anda.