FAKTOR-FAKTOR RISIKO1,4-5

Adakah anda memenuhi mana-mana deskripsi di bawah?

Siapakah yang harus disaring?
 
Adakah saya berisiko menjadi buta?
 

Umur lebih 40

Orang Asia, Afrika atau Hispanik3

Keluarga yang bersejarah glaukoma5

Rabun jauh atau rabun dekat5

Kecederaan mata masa lampau5

Penggunaan steroid jangka panjang4

Sejarah kondisi peredaran darah, seperti migrain, kencing manis, darah tinggi, anemia teruk atau kejutan5

 

 

 

Semua individu yang mempunyai sejarah keluarga yang positif glaukoma harus menjalani pemeriksaan mata yang komprehensif, dan mengekalkan susulan pada jangka masa yang tetap. Adik beradik pesakit glaukoma mempunyai risiko menghidap glaukoma sehingga 10 kali berbanding dengan populasi normal.

 

 

Adik beradik pesakit glaukoma mempunyai risiko menghidap glaukoma sehingga 10 kali.

Detecting Glaucoma
 

Kecemasan!

Glaukoma boleh berkembang dengan pantas

Jika anda mengalami geja-gejala berikut, sila berjumpa dengan doktor segera untuk mendapatkan rawatan:
 

Kehilangan penglihatan pada satu mata secara tiba-tiba

Kejadian penglihatan berkabut atau kabur secara tiba-tiba

Pancaran tompok-tompok terang atau gelap

Halo atau pelangi kelihatan di sekeliling cahaya

Sakit kepala atau sakit mata yang teruk

Loya atau muntah-muntah

 

 

Adakah Saya Menghidapi Glaukoma?

Ujian biasa yang doktor anda akan lakukan sebelum membuat diagnosis glaukoma1:-

icon_m

Ujian oftalmoskop / lampu-celah

Menyemak anak mata untuk memeriksa bentuk dan warna saraf optik

 
icon3_m

Ujian Tonometri

Menyemak tekanan intraokular (IOP) atau tekanan dalaman mata

 
icon1_m

Ujian medan visual

Menyemak medan penglihatan anda untuk menentukan sama ada ia telah terjejas oleh glaukoma

 
icon5_m

Gonioskopi

Menyemak sama ada sudut di mana iris bertemu dengan kornea adalah terbuka, sempit atau tertutup

 
icon4_m

Tomografi Koheren Optik (OCT)

Ujian pengimejan bukan invasif seperti ultrasound untuk mengambil gambar-gambar keratan rentas retina

 

Buat pemeriksaan mata pada jangka masa yang tetap

Dalam sesetengah kes, anda masih juga berisiko menghidap glaukoma walaupun tekanan mata adalah normal2. Memandangkan peringkat awal glaukoma tidak mempunyai simptom-simptom1, yang tidak selesa atau menyakitkan, oleh itu adalah penting untuk anda melakukan pemeriksaan pada jangka masa yang tetap dengan pakar oftalmologi anda dan merawat penyakit ini awal.