Skip to main content
 

Adakah saya berisiko?

Peringkat awal glaukoma biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom dan ini membolehkannya untuk berkembang dengan cepat tanpa disedari3. Diagnosis awal boleh membantu meningkatkan keberkesanan di dalam pemberian rawatan.


 
 

Glaukoma

Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Pencuri Penglihatan Ini

 

Bolehkah Ia Disembuh?

Buat masa ini, masih belum ada penawar untuk glaukoma tetapi dengan diagnosis awal, ubat dan rawatan, penyakit ini boleh dikawal. 4

Ubat glaukoma membantu untuk:-

Menyalirkan cecair dari mata.
Mengurangkan cecair yang dihasilkan oleh mata
Mengawal tekanan mata

eyeUbat Titis Mata

Ubat titis mata adalah rawatan yang biasa diberikan untuk glaukoma dan yang efektif dalam mengawal penyakit ini. 

 

Eye Drop

Pilihan ubat titis
mata tanpa pengawet!

Kajian klinikal yang membandingkan ubat dengan pengawet dan tanpa pengawet mendapati bahawa pesakit mengalami kurang kerengsaan dan merasa lebih selesa dengan ubat tanpa pengawet. Ubat jenis ini juga membuat permukaan okular menjadi lebih sihat menurut doctor.9.

Setakat hari ini hanya beta blockers dan prostaglandin analog (tunggal atau kombinasi),boleh diperolehi tanpa pengawet. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakan sebarang ubat titis mata

Lapisan Air Mata

Akibat pengawet di dalam ubat titis mata

Pengawet di dalam ubat titis mata yang mengandungi Benzalkonium chloride (BAK)4 boleh mengakibatkan tindak balas alahan dan ketidakstabilan pada lapisan air mata dan lain-lain komplikasi6. Kesan pengawet adalah tidak terhad kepada tindak balas alahan sahaja dan kesan sampingan adalah sukar untuk dikesan kerana ia berlaku dalam kadar tertangguh dan tidak khusus. Oleh itu, anda perlu berhati-hati dan tidak menggunakan pengawet dalam jangka masa yang lama. 6.

 

Pembedahan Glaukoma

Jenis pembedahan bergantung pada jenis dan tahap glaukoma. 6 Penting juga untuk diingatkan bahawa penggunaan ubat titis mata mungkin masih diperlukan setelah pembedahan dilakukan1.

Pembedahan Laser



Laser
trabeculoplasty

Memperbaiki saliran cecair dari mata



Laser Peripheral Iridotomy

Meluaskan sudut saliran untuk pesakit angle-closure glaukoma

 

Pembedahan pemotongan atau konvensional


Pembedahan Asas Glaukoma

Membuat pembukaan baharu untuk penyaliran cecair dari mata


Pembedahan Invasif Minima Glaukoma (MIGS66)

Dengan menggunakan tiub bersaiz mikroskopik yang boleh dimasukkan ke dalam mata untuk mengeluarkan cecair dari dalam mata ke bawah membran luar mata (conjunctiva)