
Mengawal Glaukoma Anda
Sama ada anda sedang mengambil ubat atau telah melakukan pembedahan, Glaukoma hanya boleh dikawal dan bukan dipulihkan. Tekanan mata anda perlu sentiasa di kawal untuk mengelakkan Glaukoma anda dari menular.
Anda perlu tahu bahawa dengan menjaga kesihatan diri dan mata serta memahami dan mengawal Glaukoma dengan berkesan, anda boleh terus menjalankan kehidupan harian dengan aktif dan ceria.
Apa Yang Anda Boleh Lakukan3
Jumpa doktor anda dengan kerap
Bincangkan keadaan dan perkembangan anda dengan doktor anda
Gunakan ubat titis mata dengan betul dan seperti yang ditetapkan
Pantau pengambilan ubat anda
Pastikan mata anda bersih
Amalkan gaya hidup yang sihat

Read and find out more about glaucoma and how to live with it

Be consistent with your medication
Masa Depan Anda7
Anda mungkin perlu menggunakan ubat untuk sepanjang hayat anda tetapi masa hadapan berkaitan dengan rawatan glaukoma kelihatan amat memberangsangkan. Ubat dan rawatan baharu sedang diselidik untuk merawat Glaukoma sepenuhnya.
Buat masa ini, anda perlu ingat bahawa dengan menjaga kesihatan diri dan mata serta memahami dan mengawal Glaukoma dengan berkesan, anda boleh terus menjalankan kehidupan harian dengan aktif dan ceria.
Petua Pengambilan Ubat 3
Ikut arahan doktor anda
Jadualkan waktu pengambilan ubat untuk berlangsung bersama rutin harian seperti waktu makan
Pastikan ubat sentiasa kelihatan dan mudah dicapai setiap masa
Simpan ubat seperti yang diarahkan dan jauhkan dari kanak-kanak
Maklumkan kepada doktor sekiranya anda mengalami sebarang tindak balas dari ubat anda

Cara Untuk Menggunakan Ubat Titis Mata9
Cuci tangan, dongakkan kepala atau baring dan pandang ke atas
Tarik kelopak mata bawah untuk membuka ruang di bawah mata
Pandang ke atas dan picitkan satu titisan pada ruang di bawah mata
Jangan kelipkan mata,menggosok atau
menyentuh mata atau muka
Tutup mata untuk 2 - 3 minit
tanpa mengelip mata
Bekerjasama Dengan Doktor Anda3
Ambil catatan dan tulis soalan-soalan untuk lawatan ke doktor anda yang seterusnya
Terangkan sebarang kesan yang dialami kerana pengambilan ubat anda
Maklumkan kepada doktor anda semua ubat yang anda sedang ambil
Maklumkan kepada doktor anda sebarang kesan sampingan dan/atau perubahan fizikal yang anda alami
Maklumkan kepada doktor anda sebarang kesulitan yang dihadapi kerana pengambilan ubat anda