Mensasar Rawatan Berterusan(ACT) Menangani pematuhan rendah dan meningkatkan ketekunan

ACT Pack telah dibangunkan untuk menggalakkan pengekalan fungsi visual di kalangan pesakit glaukoma. Ia adalah satu usaha yang bertujuan untuk memahami glaukoma dan kepentingan rawatan berterusan.

Muat Turun Video Muat turun “Diari Rawatan Saya” Muat turun “ACT App” Muat turun “Risalah ACT App untuk pesakit” Muat turun "risalah ACT App untuk doktor
 

Apakah Yang Anda Boleh Lakukan3

 

Jumpa doktor anda pada jangka masa yang tetap

 

Bincang keadaan dan perkembangan anda dengan doktor anda

 

Gunakan ubat titis mata anda dengan betul dan seperti yang diarahkan

 

Jejak ubat-ubatan anda

 

Jaga kebersihan mata

 

Kekalkan gaya hidup yang sihat

 
Eye

Baca dan ketahui lebih lanjut mengenai glaukoma dan cara untuk mengatasinya

 
 
Eye Drop

Konsisten dengan ubat-ubatan anda

 
 

Apa Yang Berkemungkinan Di Masa Hadapan7.

 

Anda mungkin perlu mengambil ubat sepanjang hayat tetapi masa depan kelihatan menjanjikan untuk rawatan glaukoma. Ubat-ubatan dan rawatan baharu sedang diusahakan untuk merawat glaukoma dengan jayanya.

Buat masa ini, ingatlah bahawa dengan menjaga diri sendiri dan mata anda bersama-sama dengan pemahaman dan mengurus glaukoma anda secara berkesan, anda akan dapat terus menikmati kehidupan yang bahagia dan aktif.

 

Tips Menggunakan Ubat-ubatan3

Ikut arahan doktor anda. 

Jadualkan pengambilan ubat mengikut rutin harian seperti waktu makan. 

Pastikan ubat-ubatan kelihatan dan boleh diakses sepanjang masa.  

Simpan ubat-ubatan anda seperti yang diarahkan dan jauh daripada kanak-kanak.

Maklumkan doktor anda tentang sebarang tindak balas yang anda alami daripada ubat-ubatan anda.

eyedrops

Cara Guna Titis Mata9

 

Basuh tangan anda, condongkan kepala anda ke belakang atau baring dan pandang ke siling.

 

Buat kantung di kelopak mata bawah anda dengan menariknya ke bawah.

 

Pandang ke atas dan picit satu titisan ke dalam kantung.

 

Jangan berkedip, lap mata atau
sentuh mata atau muka anda.

 

Tutup mata anda selama 2-3 minit
tanpa berkedip.

 

Bekerjasama dengan Doktor Anda3.

 

Ambil nota dan tulis soalan untuk temu janji doktor anda yang seterusnya.

 

Terangkan sebarang kesan ubat-ubatan anda terhadap anda.

 

Beritahu doktor anda tentang semua ubat mata dan ubat-ubat lain yang anda sedang ambil.

 

Beritahu doktor anda tentang sebarang kesan sampingan dan/atau perubahan dalam keadaan fizikal anda.

 

Maklumkan doktor anda tentang sebarang kesulitan yang anda hadapi daripada ubat-ubatan anda.