FAKTOR-FAKTOR RISIKO1,4-5
Adakah anda memenuhi mana-mana deskripsi di bawah?
Siapakah yang harus disaring?Umur lebih 40
Orang Asia, Afrika atau Hispanik3
Keluarga yang bersejarah glaukoma5
Rabun jauh atau rabun dekat5
Kecederaan mata masa lampau5
Penggunaan steroid jangka panjang4
Sejarah kondisi peredaran darah, seperti migrain, kencing manis, darah tinggi, anemia teruk atau kejutan5
Semua individu yang mempunyai sejarah keluarga yang positif glaukoma harus menjalani pemeriksaan mata yang komprehensif, dan mengekalkan susulan pada jangka masa yang tetap. Adik beradik pesakit glaukoma mempunyai risiko menghidap glaukoma sehingga 10 kali berbanding dengan populasi normal.
Kecemasan!
Glaukoma boleh berkembang dengan pantas
Jika anda mengalami geja-gejala berikut, sila berjumpa dengan doktor segera untuk mendapatkan rawatan:Kehilangan penglihatan pada satu mata secara tiba-tiba
Kejadian penglihatan berkabut atau kabur secara tiba-tiba
Pancaran tompok-tompok terang atau gelap
Halo atau pelangi kelihatan di sekeliling cahaya
Sakit kepala atau sakit mata yang teruk
Loya atau muntah-muntah
Adakah Saya Menghidapi Glaukoma?
Ujian biasa yang doktor anda akan lakukan sebelum membuat diagnosis glaukoma1:-
Ujian oftalmoskop / lampu-celah
Menyemak anak mata untuk memeriksa bentuk dan warna saraf optik
Ujian Tonometri
Menyemak tekanan intraokular (IOP) atau tekanan dalaman mata
Ujian medan visual
Menyemak medan penglihatan anda untuk menentukan sama ada ia telah terjejas oleh glaukoma
Gonioskopi
Menyemak sama ada sudut di mana iris bertemu dengan kornea adalah terbuka, sempit atau tertutup
Tomografi Koheren Optik (OCT)
Ujian pengimejan bukan invasif seperti ultrasound untuk mengambil gambar-gambar keratan rentas retina
Buat pemeriksaan mata pada jangka masa yang tetap
Dalam sesetengah kes, anda masih juga berisiko menghidap glaukoma walaupun tekanan mata adalah normal2. Memandangkan peringkat awal glaukoma tidak mempunyai simptom-simptom1, yang tidak selesa atau menyakitkan, oleh itu adalah penting untuk anda melakukan pemeriksaan pada jangka masa yang tetap dengan pakar oftalmologi anda dan merawat penyakit ini awal.