FAKTOR RISIKO1,4-5

Adakah anda memenuhi ciri-ciri risiko di bawah?

Berusia lebih daripada 40 tahun

Berketurunan Asia, Afrika atau Hispanik3

Sejarah glaukoma dalam keluarga5

Rabun jauh atau rabun dekat5

Kecederaan mata masa lampau5

Penggunaan steroid jangka panjang4

Sejarah masalah peredaran darah seperti migrain, kencing manis, hipertensi, anemia teruk atau renjatan5

 

 

 

Glaukoma boleh menyebabkan kehilangan penglihatan dan mata menjadi buta

Adalah amat penting bagi anda untuk mengetahui sebanyak mungkin mengenai glaukoma.

Ambil kuiz benar atau salah ringkas di bawah untuk memastikan tahap pemahaman anda mengenai Glaukoma:-

 

Soalan 1

Glaukoma berlaku apabila cecair di dalam mata tidak mengalir dengan betul.

  
 

Jawapan: BENAR

Cecair yang terkumpul di dalam mata tidak mengalir dengan baik dan meningkatkan tekanan mata. Tekanan yang meningkat ini akan merosakkan saraf optik jika tidak dirawat.

 

 

 

 

 

 

CEMASAN!

Glaukoma boleh berkembang dengan cepat

Sila ke wad kecemasan dengan serta-merta sekiranya anda mengalami simptom-simptom berikut:
 

Kehilangan penglihatan secara tiba-tiba di sebelah mata

Penglihatan menjadi kabur secara tiba-tiba

Bintik-bintik hitam atau cerah yang berkelip

Halo atau pelangi muncul dikeliling cahaya

Sakit kepala atau sakit mata yang teruk

Mual atau muntah

 

 

Adakah Saya Mengalami Glaukoma?

Ujian-ujian yang akan dilakukan oleh doktor untuk membuat diagnosis glaukoma1:-

icon_m

Ujian Ophthalmoscope/Slit-lamp

Memeriksa anak mata untuk menentukan bentuk dan warna saraf optik

 
icon3_m

Ujian Tonometry

Memeriksa tekanan intraokular (IOP) atau tekanan dalaman mata

 
icon1_m

Ujian Keluasan Pandangan

Memeriksa keluasan pandangan untuk menentukan jika ia telah dijejaskan oleh glaucoma

 
icon5_m

Gonioscopy

Memeriksa jika sudut iris bertemu kornea adalah terbuka, sempit atau tertutup

 
icon4_m

Optical Coherence Tomography (OCT)

Pemeriksaan tidak invasif seperti ultrasound untuk mengambil gambaran keratan rentas retina.